Patutlah tak jawab telefon, rupanya sudah meninggal seorang diri malam raya… Kakak terkilan, Syawal kedua baru urus jenazah

SAAT kita gembira menyambut Hari Raya, terselit kisah duka dikongsikan seorang individu di media sosial.

Kematian ahli keluarganya dalam bulan Ramadan yang penuh kemuliaan baru-baru ini cukup memberikan impak besar bagi mereka.

Menerusi perkongsian kakak arwah iaitu Ain Ariff, adiknya meninggal dunia seorang diri pada 21 April lalu.

adik maut 2

Ashraf selamat dikebumikan pada Hari Raya kedua.

“Arwah adik (Ash) meninggal malam raya. Kami tak sedar rupanya sudah satu hari arwah meninggal.

“Raya kedua baru uruskan pengebumian arwah,” kata Ain menerusi perkongsian di TikTok.

Upacara pengebumian Allahyarham Mohd Asyraf Mohamad Ariff yang meninggal dunia pada usia 36 tahun selamat diadakan pada 23 April lalu.

Berdasarkan semakan di ruangan komen, difahamkan arwah menyewa bersama rakan-rakannya di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan.

Dia dikatakan mengalami demam panas.

Video:

@ain_ariff

Arwah adik meninggal malam raya… Raya ke2 bru uruskan pengebumian arwah.. Kami xsdar rupanya dh 1 hari arwah meninggal😭😭.. Ptutlah adik bradik lain & mak fon seharian xangkat².. Allahuakbar 😭.. Al-fatihah (dibaca) Moga ko tenang disana adikku..

♬ original sound – Ain Ariff – Ain Ariff

Menurut cerita Ain, setelah panggilan dan mesej tidak dijawab, ahli keluarganya mula menjejaki arwah di rumah sewanya sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri.

“Patutlah adik beradik lain dan mak hubungi seharian tidak berangkat? Allahuakbar, al-Fatihah.

“Moga engkau tenang di sana adikku,” ujarnya.

Sementara itu menerusi muat naik berasingan, Ain berkongsi dua keping foto arwah.

“Dengan sekelip mata kau tinggalkan kami di hari dan bulan baik yang dicemburui setiap orang.

Tangkap layar video dikongsikan Ain.

“Kami sayang kau @ashariffash atau atap. Semoga kau tenang di sana adikku, al-Fatihah,” ujarnya.

Bagaimanapun, punca kematian tidak dinyatakan oleh Ain berkemungkinan demi menjaga nama baik arwah.

Hingga kini perkongsian Ain tentang kematian adiknya meraih lebih 500,000 jumlah tontonan di TikTok.

Warga maya turut melahirkan rasa simpati selain mendoakan kesejahteraan arwah di negeri abadi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ift.tt/UqIN1gu



Sumber: Sinar Viral

Post a Comment

Previous Post Next Post