GELAGAT anak perempuan pelawak Achey iaitu Nur Tiara Zinnirah Nasir mencuit hati netizen apabila rambut kanak-kanak itu tersangkut pada jaring tiang gol.
Apa lebih melucukan, Nur Tiara dengan wajah selamba menarik tiang gol tersebut sambil membawa sebiji bola bersamanya ke arah bapanya bagi mendapatkan bantuan menanggalkan jaring yang tersangkut di rambutnya.
Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, yang terperanjat melihat anaknya menyeret tiang gol itu bersamanya sempat membebel sambil meluahkan rasa pelik bagaimana rambut Nur Tiara boleh tersangkut.
Gelagat Tiara mencuit hati netizen.
“Allahuakbar, macam mana boleh sangkut? Tiara, Astagfirullahalazim. Macam mana tiang gol boleh sangkut ini anak?
“Kau macam-macamlah raya ni. Banyak benda, tiang gol pula sangkut kenapa? Sangkutlah benda lain, emas ke,” bebelnya.
Achey berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Ahad.
Perkongsian itu tular sehingga ia meraih sebanyak empat juta tontonan dan 400,000 tanda suka di platform media sosial popular itu.
Dalam pada itu, warganet yang terhibur dengan gelagat Nur Tiara menyifatkan kanak-kanak itu bersahaja dan mempunyai bakat semula jadi seperti bapanya sebagai pelawak.
“Bapa pelawak, anak pun lucu. Haha. Memang ‘rare’ anak abang ni. Ringan pula tiang gol itu dia bawa ke hulu ke hilir.
“Muka selamba sahaja dia walaupun tengah seret tiang gol itu,” komen netizen.
Achey bersama isteri dan anak perempuan mereka, Tiara.
Untuk rekod, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Achey dan Nor Hasanah kemudiannya mengambil Nur Tiara sebagai anak angkat pada 2018.
Pasangan itu juga pernah berkongsi perjalanan mereka mendapat zuriat apabila Nor Hasanah melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) Ogos tahun lalu namun masih belum membuahkan hasil.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/UqIN1gu
Sumber: Sinar Viral