Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi mendapat perhatian warganet apabila cara didikannya terhadap anak-anak menjadi inspirasi.
‘Family man’

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok, memaparkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar sedang ditemu bual oleh seorang wartawan. Turut kelihatan salah seorang anaknya lelakinya sedang men4ngis dan meminta untuk didukung.
Kemudian, isterinya Datin Dr Halina dilihat bertindak pantas dengan mengambil anak mereka supaya tidak mengganggu temu bual suaminya itu.
Video:
@fieha1010 Bila Angkasawan diinterview … Seronok dapat tengok moment macam ni, sangat menginspirasikan. Tqsm @keedsflix jemput kami. #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #foryoupage #keedsflix #keedsflixplayschool #ramadhan2023 #kenanganramadan2023 #fypdong @angkasawanmalaysi @azrijemani @keedsflix@keedsflixhq @tvalhijrah
Apa yang menarik perhatian adalah, seusai selesai sesi temu bual, angkasawan itu terus mendapatkan anaknya dan dia cuba memujuk serta melayan karenah anak kelimanya itu.
Cara didikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak-anak dan layanan yang baik seorang suami kepada isteri yang sarat mengandung, telah menarik perhatian pemilik akaun yang memuat naik momen tersebut.
Seronok tengok momen macam ini, sangat menginspirasikan.
Menjengah ke ruang komen pula, rata-rata warganet memuji sikap Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan menyatakan dia adalah contoh terbaik seorang ayah dan suami idaman setiap isteri.
Komen Netizen:




Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Sumber: Sinar Viral