Giant mohon maaf, tarik balik jualan alas kaki bendera PAS

GCH Retail (M) Sdn Bhd pengendali pasar raya besar Giant sudah mengambil langkah susulan dengan melakukan pemeriksaan di semua 128 cawangan seluruh negara bagi memastikan tiada alas kaki berwarna hijau dan mempunyai bulatan putih di tengahnya hingga menyerupai lambang sebuah parti politik dijual kepada orang ramai.

 

Giant mohon maaf, tarik balik jualan alas kaki bendera PAS

Giant mohon maaf, tarik balik jualan alas kaki bendera PAS

 

 

Pengarah Hal Ehwal Korporat GCH Retail (M) Sdn Bhd Roseta Mohd Jaafar berkata, siasatan lanjut terhadap semua premis berkenaan mendapati hanya terdapat dua alas kaki bercorak demikian iaitu hijau dan putih serta hitam dan putih masing-masing di Tawau, Sabah dan Kuching, Sarawak.

Beliau berkata, tindakan segera sudah dilakukan dengan menarik balik alas kaki berkenaan termasuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti bagaimana produk berkenaan boleh terlepas pandang hingga dijual kepada orang ramai.

“Kami akui perkara ini terlepas pandang kerana pada peringkat awal hanya ada 12 corak dipilih oleh wakil syarikat kami namun alas kaki berwarna hijau dan mempunyai bulatan putih ditengahnya tiada dalam senarai.

“Tindakan susulan sudah diambil termasuk memohon maaf kepada pihak berkaitan dan berjanji perkara berkenaan tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya, ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai beberapa keping gambar seorang lelaki menunjukkan alas kaki berwarna hijau dan mempunyai bulatan putih di tengahnya dijual di pasar raya berkenaan hingga mengundang rasa tidak puas hati pihak berkaitan.

Gambar berkenaan dipercayai diambil di pasar raya Tawau itu mula viral di laman sosial sejak semalam sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Selain itu, Roseta berkata, pihaknya memandang serius perkara menyentuh isu sensitiviti masyarakat termasuk membabitkan parti politik di negara ini berikutan boleh menjejaskan reputasi syarikatnya.

“Kita juga sudah mengeluarkan surat amaran kepada pembekal supaya lebih peka malah jika didapati mengulangi kesilapan sama kemungkinan tindakan undang-undang akan diambil.

“Perkara berkenaan adalah kes pertama berlaku membabitkan pasar raya Giant kerana kita mempunyai garis panduan yang ketat supaya produk yang dijual tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau perkara sensitiviti,” katanya.

 

 

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post