Giliran Pelakon Anita Baharom pula kritik Elly Mazlein

Pelakon Anita Baharom menafikan dakwaan status di laman Facebook miliknya mengenai penyingkiran penyanyi Elly Mazlein pada Gegar Vaganza 3 (GV3) minggu lalu adalah bersifat peribadi.

Pelakon Anita Baharom pula kritik Elly Mazlein

Pelakon Anita Baharom pula kritik Elly Mazlein

Menurut Anita, apa yang ditulis itu sekadar pendapat dan pandangannya sebagai penonton.

“Saya tak menonton pada malam konsert itu. Cuma saya terbaca banyak komen mengenai penyingkiran Elly termasuklah banyak yang menyalahkan Datuk Ramli MS. Apabila menonton siaran ulangan, baru saya faham.

“Jadi saya pun menulis berdasarkan apa yang saya nampak. Malah saya tak rasa pun status yang ditulis itu salah.

“Lagi pula sebagai penonton yang mengikuti GV3, saya ada hak untuk melontarkan pendapat. Tidak sedikit pun status itu berbaur peribadi meskipun suami saya salah seorang penerbit di Astro,” katanya kepada Harian Metro.

Anita turut menjelaskan, tidak adil sekiranya status yang ditulis itu menjadi perdebatan peminat Elly.

Pada masa sama, Anita tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana dia dan Elly tidak mempunyai sebarang masalah.

“GV3 adalah pertandingan nyanyian, jadi sudah semestinya juri mengambil kira soal persembahan dan vokal. Kalau terdapat kritikan mengenai aspek itu, bagi saya ia perkara biasa.”

“Sepatutnya dia tak perlu terasa hati kerana orang lain pun kena lebih teruk. Jadi anggap saja sebagai dugaan. Lagi pun saya yakin dia sendiri sudah melalui banyak cabaran yang besar dalam hidupnya,” katanya.

Terdahulu Anita memuat naik status itu di laman Facebook miliknya pada Selasa lalu sehingga menjadi pertikaian peminat Elly.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Post a Comment

Previous Post Next Post