Khairy Jamaluddin mahu Annuar Musa dan TMJ hentikan perang mulut demi kemajuan bola sepak negara

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu perang mulut antara bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diakhiri secara cara baik demi kemajuan bola sepak negara.

Biar pun tidak mengaitkan secara langsung pertikaman lidah antara dua pemimpin itu dengan kehangatan pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mac ini, namun Khairy berharap isu tersebut diselesaikan di meja rundingan ‘sebab pencalonan jawatan tertinggi badan induk bola sepak itu akan ditutup tidak lama lagi’.

 

Khairy Jamaluddin mahu Annuar Musa dan TMJ hentikan perang mulut demi kemajuan bola sepak negara

Khairy Jamaluddin mahu Annuar Musa dan TMJ hentikan perang mulut demi kemajuan bola sepak negara

 

“Ramai tokoh yang ingin melihat bola sepak di Malaysia maju, cuma apabila ada perbalahan antara mereka, ini boleh menjejaskan masa hadapan bola sepak negara.

“Jadi saya harap semua yang minat bola sepak boleh bincang, inilah masa untuk kita sama-sama bangunkan bola negara. Saya juga berharap Presiden (FAM) baharu akan ada pengaruh untuk membawa semua pihak ke arah penyelesaian diharapkan,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Pencalonan untuk pemilihan jawatan tertinggi FAM perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 23 Januari ini dengan Kongres FAM akan diadakan 25 Mac ini yang bakal menyaksikan berlangsungnya pemilihan jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara itu.

Setakat ini, Annuar telah menawarkan diri bertanding jawatan Presiden FAM manakala Tunku Ismail yang mendapat sokongan terbuka daripada beberapa persatuan bola sepak negeri telah menolaknya. Bagaimanapun, terdapat spekulasi mengatakan Annuar tidak akan diberi laluan percuma dalam percubaannya kerana terdapat calon lain yang mendapat sokongan Tunku Ismail.

Berikutan itu, perang mulut antara Annuar dan Tunku Ismail termasuk yang terbaru semalam berhubung penajaan pasukan Kelantan dilihat didorong akibat kehangatan perebutan jawatan Presiden FAM.

Sementara itu, dalam reaksinya berhubung cadangan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan supaya diwujudkan gaji siling pemain, Khairy berkata perkara itu mempunyai pro dan kontra yang perlu diteliti oleh FAM menerusi perbincangan dengan pelbagai pihak.

Katanya, dari satu segi, kewujudan siling gaji akan menidakkan perkembangan pemain apabila mereka yang bagus dinafikan untuk meraih pendapatan tinggi apabila kuasa pasaran tidak lagi wujud selain menjadi kekangan untuk mendapatkan pemain import berkualiti tinggi.

Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden FAM berkata, walau bagaimanapun dari sudut lain, langkah tersebut dapat membantu pasukan yang tidak mempunyai sumber kewangan besar apatah lagi liga negara ini masih membangun.

Dalam pada itu, ditanya apakah langkah tidak membenarkan pemain import dapat membantu kewangan pasukan, Khairy berkata walaupun perkara itu dilaksanakan ketika beliau dalam FAM, namun untuk ketika ini, opsyen tersebut dilihat drastik selain akan menimbulkan masalah dari segi kontrak pemain.

“Saya lebih suka pasukan sendiri yang buat keputusan berdasarkan kemampuan, tidak semestinya kena isi kuota empat pemain import. Tiada syarat wajib mesti ada empat pemain import.

“Kita kena menguruskan pasukan berdasarkan kemampuan tetapi oleh kerana ada syarat membolehkan, setiap pasukan nak juga isi kuota import mereka,” ujarnya.

Sumber: Utusan



Sumber Khairy Jamaluddin mahu Annuar Musa dan TMJ hentikan perang mulut demi kemajuan bola sepak negara

Post a Comment

Previous Post Next Post