Gelaran Restoran Mamak Sensitif Dan Rasis


PETALING JAYA: Masyarakat India Muslim membantah akhbar Utusan Malaysia menggunakan gelaran ‘restoran mamak’ dalam laporan khasnya berkenaan harga makanan dan minuman di restoran berkenaan.
Mereka membantah kerana mendakwa pengunaan gelaran restoran mamak dianggap sensitif dan rasis.
“Ini mengundang kesan buruk kepada keseluruhan masyarakat India Muslim.
“Artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia telah mengundang kemarahan seluruh warga India Muslim,” katanya Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma), Noorul Hassan Saul.
Noorul berkata, gelaran restoran mamak sepatutnya ditukar kepada restoran nasi kandar kerana lebih baik.
“Sebelum ini, tiada pula artikel yang menggunakan gelaran restoran Melayu, Cina atau India,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan di Pejabat Utusan Malaysia pada Selasa.
Mengulas harga makanan dan minuman yang tidak menentu di restoran nasi kandar, Noorul berkata, pengguna tidak tidak tahu kos tersembunyi yang perlu ditanggung oleh pengusaha yang didakwa meletakkan harga berbeza.

Post a Comment

Previous Post Next Post