KUALA LUMPUR: Temasya
Sukan SEA ke-28 yang berlangsung di Singapura sejak 5 Jun lalu terus
menjadi tumpuan pencinta sukan tanah air yang menyokong para atlet yang
mewakili negara masing-masing.
Malah, sudah menjadi lumrah kepada
seorang atlet dimana mereka akan menjadi tumpuan masyarakat umum apabila
berjaya menggondol pingat atau memenangi satu-satu acara yang disertai.
Namun, lain pula yang berlaku kepada dua
atlet terjun dari Filipina apabila secara mudah meraih populariti dalam
acara terjun 3 meter papan anjal lelaki baru-baru ini apabila klip
video aksi terjunan mereka menjadi ‘viral’ dalam kalangan pengguna media
sosial.
Malangnya, dua penerjun dari Filipina
itu iaitu John David Pahoyo dan John Elmerson Fabriga bukan terkenal
kerana kehebatannya mempamerkan kemahiran dalam cara tersebut,
sebaliknya kerana aksi terjunan mereka yang dianggap ‘paling teruk’ dan
memalukan.
Lebih mencuit hati, aksi Fabriga ketika
membuat terjunan mengakibatkan percikan air yang sangat kuat sehinggakan
terkena pengadil.
Akibatnya, kedua-dua penerjun berkenaan mendapat skor terendah iaitu kosong.
Kedua-dua aksi mereka boleh disaksikan pada minit ke 36:08 dan 41:10.
Terdahulu, dalam acara 3 meter papan
anjal lelaki, atlert terjun negara, Ooi Tze Liang berjaya membawa pulang
pingat emas selepas mengungguli acara tersebut dengan mengumpul 473.55
mata selepas enam terjunan.