'Tikus' Goreng Sebenarnya Ayam Goreng KFC


Pengguna media sosial di seluruh dunia baru-baru ini terkejut apabila melihat satu foto yang dimuat naik yang menimbulkan tanda tanya sama ada restoran makanan segera, KFC memang menghidangkan tikus goreng kepada salah seorang pelanggannya.
Foto berkenaan dimuat naik pelanggan, Devorise Dixon dari California yang kemudian menjadi viral sejak awal bulan ini.
Menurut laporan BBC, selepas foto itu menjadi viral, KFC menjawab dakwaan pelanggan itu dengan menyatakan laporan makmal terhadap 'tikus' berkenaan menunjukkan makanan itu sebenarnya adalah ayam goreng.
Jurucakap KFC berkata, apa yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini, pelanggan tersalah anggap ayam KFC berkenaan adalah tikus sehingga menarik perhatian ramai termasuk cerita tidak benar mengenainya.
"Pada Jumaat lalu, peguam pelanggan berkenaan mengambil makanan berkenaan untuk diuji di makmal dan keputusan mendapati secara rasmi mengesahkan makanan itu adalah ayam bukannya tikus," katanya.
Pada masa itu, Dixon menyatakan dia mengigit sebahagian makanan itu yang didakwanya keras dan bergetah sebelum menyedari ia mempunyai bentuk seperti tikus.
Katanya, dia membeli ayam goreng itu di KFC di Compton, California dan kemudian mengadu perkara berkenaan kepada pengurus cawangan itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post