JOHOR: Satu rakaman video memaparkan insiden rompakan di sebuah kedai runcit yang dipercayai berlaku di Ledang, Tangkak, Johor, baru-baru ini menjadi ‘viral’ di laman sosial.
Video berdurasi 1 minit 47 saat itu dimuat naik di laman Youtube, Malaysia Crime Focus 360 pada 15 Julai lalu menunjukkan sekumpulan perompak bertindak kejam terhadap pemilik kedai tersebut yang merupakan warga emas.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dilihat memasuki kedai tersebut sebelum beberapa orang perompak yang lain bertindak menyerbu premis terbabit.
Lebih malang, warga emas yang dipercayai pemilik kedai terbabit dilihat dipukul bertubi-tubi menggunakan batang kayu manakala isteri mangsa dipaksa menanggalkan barang kemas serta sejumlah wang tunai turut dirompak.
Menurut laporan portal berita The Sun Daily, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, ACP Datin Datin Asmawati menyatakan siasatan sedang dijalankan dan kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kedai runcit di Sagil, Ledang.
Polis kini sedang giat memburu kumpulan perompak terbabit