Emma Maembong Sudah Berbaik Dengan..........


Pereka fesyen Ezuwan Ismail mengesahkan persengketaan antara dia dengan pelakon Emma Maembong sejak tahun lalu akhirnya terlerai apabila Emma sendiri tampil meminta maaf.
Mnurut Ezuwan, Emma ada bertemu dengannya secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya, minggu lalu.
"Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.
"Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu," katanya seperti yang dilaporkan mStar Online.
Sebelum ini, Ezuwan dan aktres berkenaan dilaporkan bermasam muka kerana insiden baju tajaannya.
Kejadian bermula apabila Ezuwan meluahkan rasa kecewa dan berkecil hati apabila baju rekaannya tidak dipakai oleh adik aktres itu, Chacha Maembong semasa Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada November tahun lalu.
Emma yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ezuwan di Facebook tampil membela adiknya dengan mempersoalkan sikap pereka fesyen berkenaan.
Ezuwan berkata, dia enggan mengenang kembali hal tersebut dan menamatkan permusuhan dengan Emma dan Chacha.
"Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini.
"Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka," ujarnya.
Previous Post Next Post