Lelaki Gigit, Makan Hidung Isteri Akibat Tidak Jawab Telefon


Seorang lelaki berasal dari Shangdong, China menggigit hidung isterinya sebelum 'menelannya' gara-gara tidak menjawab panggilan telefon suaminya di sini, baru-baru ini.
Memetik laporan Shanghaiist, wanita tersebut mengatakan bahawa suaminya menelefonnya di awal pagi selepas dia pulang ke rumah dari syif malam pada hari Ahad lalu.
Wanita itu juga mendedahkan bahawa dia tidak menjawab panggilan tersebut kerana terlalu letih.
Mungkin kerana terlalu marah, lelaki tersebut dilaporkan berjumpa dengan isterinya pada keesokan hari di rumahnya.
Difahamkan, satu pergaduhan tercetus antara lelaki tersebut dengan isterinya sebelum lelaki itu ‘mengoyakkan’ hidung isterinya.
Wanita itu lalu dibawa ke sebuah hospital yang berdekatan di Jinan, di mana doktor mendapati bahawa keseluruhan hidungnya termasuk tisu lembut hidungnya telah 'hilang'.
Lebih malang, apabila ditanya oleh doktor sama ada dia boleh dapatkan bahagian hidung yang digigit suaminya itu untuk prosedur penyambungan, wanita tersebut memberitahu bahawa suaminya telah 'memakannya'.
Dalam pada itu, siasatan sedang dijalankan terhahap lelaki yang masih bebas itu dan polis mengatakan insiden tersebut bukan kes pertama yang berlaku di China.
Terdahulu, kes yang serupa juga dilaporkan di mana seorang lelaki pertengahan umur dari wilayah Anhui juga menggigit hidung isterinya selepas berlakunya pergaduhan di antara mereka.

Difahamkan, wanita tersebut kemudian menjalani pembedahan wajah untuk menyambung semula hidungnya dengan menggunakan cebisan tulang rawannya.
Previous Post Next Post