[VIDEO] Jurukamera Wanita Bersikap Biadab Tendang Pelarian Syria


Rakaman sebuah video yang menunjukkan seorang jurukamera wanita sebuah stesen televisyen antarabangsa bertindak biadab dengan sengaja menahan kakinya sehingga mengakibatkan seorang pelarian Syria tua bersama anaknya jatuh tersadung dikritik pengguna media sosial.
Memetik laporan Telegraph, kejadian berlaku ketika wanita tersebut yang bekerja dengan syarikat televisyen N1TV dari Hungari sedang membuat liputan berhubung pelarian Syria di sempadan Serbia.
Berdasarkan rakaman yang sempat dirakam oleh jurukamera lain, jurukamera wanita itu dikenali sebagai Petra Lazlo yang berada ditengah-tengah ribuan pelarian Syria kelihatan sengaja menahan kaki pelarian tersebut mengakibatkan dia tersungkur ke tanah.
Lebih biadab dalam rakaman lain juga, wanita itu turut menendang beberapa pelarian lain termasuk seorang gadis muda yang sedang melarikan diri dari pihak polis.
Menurut laporan Telegraph lagi, video tersebut dimuat naik oleh seorang wartawan dari Jerman, Stephan Ritcher di laman Twitternya.
Rata-rata mengutuk keras tindakan biadab Lazlo.
Susulan itu, pihak stesen televisyen berkenaan dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Lazlo telah dipecat ekoran tindakan yang dilakukan jurukamera itu sememang tidak boleh diterima.
Dalam kejadian pada Selasa, pelarian dari Syria secara beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru selepas berdepan dengan konflik dan ketegangan.


Previous Post Next Post