Berita mengenai pelakon dan pelawak Ebby Yus dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth 2, Kota Kinabalu, Sabah menarik perhatian ramai. Ebby sendiri telah pun memberi kenyataan bahawa dia dipercayai mempunyai masalah jangkitan kuman pada paru-paru.
Selama kira-kira lima hari dia ditahan di wad hospital berkenaan untuk menerima rawatan susulan selepas demam dan batuknya berlarutan ketika berada di negeri Di Bawah Bayu itu.
Kini Ebby sudah dibenarkan pulang ke Kuala Lumpur. Namun, doktor menasihatkannya supaya membuat rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur.
Bagaimanapun ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan fitnah bahawa Ebby telah meninggal dunia sedangkan ketika kisah itu terus disebarkan, dia dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.
"Pada mulanya saya agak terperanjat. Sampai hati ‘matikan’ saya, sesuka hati. Tapi, saya tidak kisah kerana sebagai selebriti perkara itulah yang menjadi cabaran. Dah biasa sangat laluinya benda-benda pelik macam ini. Memang macam-macam andaian akan dibuat orang tentang kita.
"Saya tidak mahu ambil apa-apa tindakan. Cukuplah saya maafkan dia. Saya nak marah macam mana? Selagi orang ada mulut, ada jari, selagi itulah mereka akan mengata kita dan buat cerita tak betul. Mungkin itu sudah jadi kerja dan cara mereka untuk jatuhkan orang lain," katanya serti yang dilaporkanUtusan