Putri Mardiana, Pasangan Mengaku Bersalah Berkhalwat



PELAKON kontroversi Putri Mardiana Zainal Abidin dan pasangan Shahrizam Abdullah, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur atas tuduhan berkhalwat, tahun lalu.
12_hoyn_silikonpuppe5
Atas kesalahan tersebut, mahkamah memerintahkan Putri Mardiana dan Shahrizam didenda RM3,000.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin turut mengarahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh hari sekiranya mereka gagal membayar denda.
Menurut laporan kes, Putri Mardiana dan Shahrizam telah ditahan di sebuah premis kediaman beralamat C-05-08 Jalan UP 1/1D Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi berdasarkan aduan awam kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 14 Disember tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post