Patung Rangka Manusia Bagi Tujuan Belajar Rupanya Milik Mayat

Satu rangka manusia yang digunakan untuk mengajar seni di sebuah sekolah di Britain sejak 40 tahun lalu akhirnya dikebumikan selepas ia disahkan milik seorang lelaki.
Rangka itu dinamakan ‘Arthur’ oleh tenaga pengajar di Sekolah Tinggi Haydock di Wigan, Manchester yang menyangka ia rangka tiruan, menurut laporan akhbar South West News.
Bagaimanapun, juruteknik seni sekolah berkenaan Sandra Dixon meragui pendapat itu dan mula menjalankan kajian sama ada ‘Arthur’ pernah menjalani kehidupan.
“Sejak mula lagi saya percaya ia rangka manusia,” kata Sandra.
Selepas menjalankan kajian, termasuk memeriksa rekod, Sandra mendapati Arthur sebenarnya rangka lelaki warga India yang mati pada awal abad ke-20.

Post a Comment

Previous Post Next Post