Saya dan Jehan Memang Sengaja Melawak Kasar - Nabil

Pelawak Nabil Ahmad mengakui lawak jenaka yang dilakukan bersama pasangan pengacaranya, Jihan Muse, ketika mengendalikan program realiti fenomena Gegar Vaganza 2, sebenarnya sudah dirancang dan diatur lebih awal.
Jelasnya, meskipun menerima kecaman hebat daripada segelintir pihak yang kurang senang sekaligus menyifatkan lawaknya melampau namun Nabil berkata jenaka sebegitu adalah pendekatan baru bagi menyuntik kelainan dalam program berkenaan.
Sekaligus ia sebagai tarikan penonton untuk terus kekal menonton program tersebut dalam konsert minggu-minggu seterusnya.
"Pihak produksi bagi kami kebebasan untuk kami sendiri mencorak jenaka yang bagaimana ingin kami sampaikan.
"Kebanyakan lawak yang saya dan Jehan termasuklah lawak-lawak berkaitan hal rumah Datuk Ramli MS juga sudah mendapat keizinan beliau terlebih dahulu. Itu semua kami memang dah rancang awal malah kami buat reheasal.
"Ia sebagai satu pendekatan yang lain sebab konsert saban minggu semakin mencabar tambahan apabila peserta pun semakin berkurangan selepas penyingkiran. Jadi setiap minggu kami memerah otak memikirkan bagaimana untuk menjadikan program itu tambah menarik dan penonton akan kekal mengikut pada minggu-minggu seterusnya.
"Jadi memang kami sengaja buat lawak yang orang-orang dewasa dikalangan mak ayah kita boleh 'relate', jenaka yang memang kita di rumah biasa buat dengan adik beradik dan sebagainya atau jenaka yang mungkin berbaur agak kasar sedikit untuk jadikan konsert pada minggu tersebut lebih menarik," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran animasi terbaharu Didi & Friends, di Nu Sentral, pada Khamis.
Pun begitu, Nabil tidak menafikan kerisauannya setiap kali mempersembahkan lawak sebegitu lebih-lebih lagi beberapa kali dia menerima kritikan pedas.
Dek kerana asyik dikecam, justeru sewaktu konsert minggu ketiga dia membawakan pendekatan mengurangkan jenaka sebegitu namun maklum balas kurang memberangsangkan daripada banyak pihak mengatakan dia tidak menjadi diri sendiri dan lawak pada minggu tersebut tidak menghiburkan.
"Saya akui, dalam pada saya melawak dan gelak-gelak tu sebenarnya saya risau juga dengan sebarang kecaman yang bakal saya terima. Tapi daripada kecaman tersebut sebenarnya secara tidak langsung mempromosikan lagi program berkenaan dan buat orang ternanti-nanti konsert seterusnya.
"Saya pernah 'tone down' sikit pada minggu ketiga tapi selepas tamat saja bersiaran ramai pula yang komen kata, saya tidak jadi diri sendiri lah, tak best lah dan sebagainya. Mereka mahu saya kembali buat jenaka seperti sebelum ini," katanya yang turut mengakui sudah lali dengan kritikan.
Gegar Vaganza musim kedua disiarkan secara langsung pada setiap hari Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Mika Merajuk
..
Dalam pada itu, menyentuh pula mengenai Didi & Friends, program animasi terbitan kerjasama Astro dan produksi animasi Digital Durian itu membabitkan penampilan pertama kali anak sulung Nabil iaitu Naira Mikayla (Mika) menerusi video kli lagu berjudul Pokok Mullbery.
Selain Mika, dua lagi kanak-kanak yaang turut menjayakan vido klip tersebut iailaah Bela iaitu anak kepada penyanyi Stacy dan Noah iaitu anak kepada selebriti Yasmin Hani.
Berkongsi mengenai penglibatan Mika, Nabil berkata, sebagai bapa dia berasa bangga melihat peningkatan Mika sejak terlibat dengan penggambaran klip video tersebut.
Katanya, sebelum ini Mika seorang yaang sangat pemalu terutama apabila berhadapa dengan kamera. Malah tahap keyakinan diri juga kurang. Tetapi selepas menjayakan klip video tersebut, Mika semakin menunjukkan minat terhadap penglibatan di hadapan kamera.
..
"Sebagai ayah, saya bangga dengan dia sebab dia berikan kerjasama yang baik kepada produksi. Iyalah, dalam usianya baru tiga tahun, bukan lah sesuatu yang mudah untuk dia mendengar arahan orang dewasa. Mulanya saya risau juga sebab tak mahu produksi terpaksa bersusah payah gara-gara anak saya.
"Tapi saya kagum dengan Mika sebab sebaik saja dia dengar lagu itu dimainkan dia sudah boleh melakukan beberapa aksi seperti yang pihak produksi inginkan. Tambahan bila anak Stacy dan anak Yasmin ada, lagi lah dia bertambaah aktif.
"Ini juga sebagai satu pendedahan untuknya dan sekurang-kurangnya dia tahu dan boleh faham bahwa persekitaran sebeginilah juga adalah dunia pekerjaan saya. Sebab, Mika ni kadang-kadang bila kami sekeluarga keluar dan bila ada peminat bergambar dengan saya, dia merajuk. Jadi saya nak dia biasakan persekitaran dunia kerja saya.
"Sekarang ni pun keyakinan diri dia sudah bertambah dan dia sudah tidak berasa malu apabila berada di hadapan kamera. Bagi saya dan isteri, kami tidak menghalang jika Mika ada minat dalam bidang seni. Tapi apa-apa pun saya tetap akan pentingkan pelajarannya dulu," katanya.
Didi & Friends disiarkan di Astro Ceria saluran 611 mulai 8 Disember 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post