Status janda muda Cita Citata


SEWAKTU karier sedang meningkat naik sebagai penyanyi dangdut, tiba-tiba nama Cita Citata menjadi panas selepas bekas suaminya yang dikenali sebagai Galih Purnama atau Ijonk memfailkan permohonan cerai.

Berita itu mengejutkan ramai pihak kerana pada awal kemunculannya, Cita mengaku hidup solo. Pelantun lagu Goyang Dumang itu menjelaskan pernikahan tersebut berlaku bukan atas dasar cinta tetapi terdapat unsur paksaan daripada orang tua. Sekali gus, perceraian itu membuatkan nama Cita yang popular dengan lagu Sakitnya Tuh Di Sini pantas menjadi sebutan kerana statusnya kini yang bergelar janda muda pada usia 21 tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post