KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,415 jenama ubat dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di seluruh negara bermula semalam.
Bilangan itu sekali gus menjadikan sebanyak 8,630 jenama ubat dikecualikan daripada dikenakan GST mulai 1 Januari tahun ini selepas 4,215 lagi jenama ubat tidak dikenakan cukai yang sama pada April tahun lalu.
- Salah seorang PSK yang ditahan polis Jiangsu, China memperlihatkan span yang biasa digunakan untuk menyerap darah belut yang digunakan...
- KEDAI INI HANYA BEROPERASI SEKITAR 2 JAM SEHARI TETAPI MENJANA HAMPIR RM60,000 SEBULAN Sewaktu di Alor Setar, saya diperkenalkan denga...
Pengecualian GST pada kadar sifar itu melibatkan semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun Kumpulan A, B, C dan D termasuk 95 jenama ubat yang tidak memerlukan preskripsi doktor atau farmasi.
Ia meliputi ubat bagi 30 jenis penyakit seperti ubat kanser, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, beliau mengalu-alukan langkah pengecualian GST pada kadar sifar terhadap ubat-ubatan berkenaan.
“Saya menganggap ia merupakan langkah baik terutama kepada para pengguna yang memerlukan rawatan atau ingin mendapatkan ubat-ubatan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.