Antara 2 Filem Ini, Pasti Anda Tak Sangka, Filem Yg Mana Dapat Kutipan Yang Tertinggi Di Malaysia


Filem Dilwale Berjaya Catat Kutipan Tertinggi Di Malaysia

HEBAT… Gandingan Shah Rukh Khan dan Kajol menerusi filem Dilwale, terbukti membuahkan hasil apabila filem tersebut  berjaya mencatat kutipan memberangsangkan.

Walaupun terpalit dengan beberapa kontroversi dan sekatan tayangan di beberapa daerah di India, ternyata itu tidak menjejaskan filem Hindi paling dinanti-nanti tahun ini.

Malah, paling dahsyat setakat 25 Disember, Dilwale dilaporkan telah berjaya mencatatkan kutipan kira-kira AS$15 juta (RM64 juta) di India sahaja.

Akhbar The Times of India turut melaporkan kutipan Dilwale naik mendadak sehari sebelum Krismas, di beberapa negara antaranya United Kingdom, Australia dan Malaysia, mencatat kenaikan paling tinggi.

Secara keseluruhannya, filem arahan Rohit Shetty ini telah mencatat kutipan kira-kira AS$30 juta.

Angka kutipan itu disifatkan berjaya kerana filem Hindi ini terpaksa bersaing hebat dengan filem Star Wars: The Force Awakens di peringkat antarabangsa.

Dilwale telah mula ditayangkan di pawagam pada 18 Disember lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post