SELAMA lebih sepuluh tahun bersama kumpulan 6ixth Sense, sang vokalisnya iaitu Adi Priyo Sambodo membuat keputusan untuk tampil solo. Bagaimanapun ia bukanlah bermakna kumpulan tersebut dibubarkan, sebaliknya Adi hanya mahu beri kelainan buat peminat yang menyukai lagu-lagu ciptaannya sendiri.
“Bersama 6ixth Sense, kami perlu memikirkan tentang lima cita rasa berbeza dalam pembikinan lagu. Apa sahaja idea yang diketengahkan perlu mendapat persetujuan bersama.
“Jika mahu tampil solo, saya punya kebebasan untuk melakukan apa sahaja dalam penghasilan muzik. Peminat juga sudah tahu bagaimana lagu ciptaan saya sebelum ini seperti Kisah Hati yang dinyanyikan oleh Alyah.
“Tampil secara solo merupakan satu projek khas supaya peminat tidak akan merasa bosan dengan 6ixth Sense. Sesekali perlu ada perubahan.
“Sekali pun saya bergerak secara solo, 6ixth Sense tidak akan berpecah,” ujar Adi kepada Mangga Online.
Adi juga menepis dakwaan kononnya kumpulan 6ixth Sense semakin memperlahankan kerjaya seni lantaran dua anggotanya iaitu Gjie dan Wan kini aktif bersama kumpulan Akim & The Majistret. Selain Adi, Gjie dan Wan, 6ixth Sense turut dianggotai oleh Ayoi dan Atan.
“Tidak ada masalah untuk mana-mana anggota bergerak solo atau terlibat dengan kumpulan lain. Kami beri kebebasan kepada setiap anggota. Apa yang lebih penting ialah kami masih aktif dalam muzik.
“Sepanjang bersama sebagai satu kumpulan, memang ada susah dan senang yang kami tempuhi. Namun kami bersyukur kerana 6ixth Sense masih bertahan sehingga ke hari ini sedangkan ada band yang sama usia kami sudah berpecah,” kata Adi.

Tags:
BP