Pelakon dan pengacara Qi Razali, 39, mengakui mengakui hubungannya dengan pelakon Nelydia Senrose kini kembali pulih, namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkara tersebut kerana mahu privasi.
Memetik laporan Harian Metro, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali, berkata, meskipun hubungan cintanya dengan gadis berusia 22 tahun itu pernah putus di tengah jalan namun mereka tidak pernah bermusuh.
Malah katanya, dia tetap menganggapnya Nelydia sebagai teman istimewa sampai bila-bila.
“Kalau nak tahu, beberapa hari selepas putus kami ada keluar bersama. Kami tidak pernah menyembunyikan perkara itu. Cuma, kali ini kami mahukan sedikit privasi berbanding sebelumnya apabila kerap berkongsi kisah peribadi,” katanya.
Sekitar Ogos tahun lalu diberitakan hubungan cinta pasangan ini sudah berakhir. Namun, kedua-duanya selesa berdiam diri daripada bercerita punca perpisahan mereka.
Bagaimanpun, hubungan mereka kembali menjadi tanda tanya apabila Nelydia menghadiri majlis hari jadi anak saudara Qi tahun lalu. Tidak cukup dengan itu, Qi dan Nelydia juga dikatakan baru pulang bercuti dari Pulau Koh Lipe, Thailand.
Tambah pelakon yang pernah popular menerusi drama Blogger Boy ini, Qi menganggap apa yang terjadi antara dia dan kekasihnya itu adalah perkara biasa dalam sesebuah perhubungan.
“Bergaduh adalah perkara biasa. Selepas itu proses memujuk pula dan ia adalah normal. Rasa sayang saya terhadapnya masih ada. Saya tidak terkejut ketika keluar kenyataan mengatakan kami sudah putus.
“Saya ada bertanya dengannya, tetapi selepas dijelaskan baru saya faham. Cuma kesannya dilihat besar kerana membuatkan banyak pihak terkejut,” katanya.