“Saya sukakan watak-watak fantasi,” Datuk Seri Vida

Selepas menarik perhatian ramai dengan keputusannya untuk menjadi penaja pasukan bola sepak Kelantan, pengasas produk kecantikan Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida, 44, bakal mencipta kejutan lagi apabila memaklumkan dia bakal bergelar pelakon dan penerbit filem.
Memetik laporan Harian Metro, Vida berkata dia ada mendapat tawaran berlakon daripada pengarah drama Michael Ang.
“Watak yang ditawarkan ialah sebagai diri sendiri atau ‘cameo’. Namun, saya belum membuat apa-apa keputusan kerana kekangan masa,” katanya yang hanya akan menyatakan persetujuan untuk berlakon menjelang bulan depan.
Vida berkata, jika berlakon dia mengidamkan watak seperti Elsa dalam filem animasi Frozen dan Maleficent yang dilakonkan Angelina Jolie dalam filem Maleficent pada 2014.
“Saya sukakan watak-watak fantasi,” katanya.
Selain itu, dia juga bakal menerbitkan filem, namun enggan berkongsi mengenai jalan ceritanya.
“Jalan ceritanya masih lagi dirahsiakan tetapi apa yang boleh saya katakan, filem ini memang akan menjadi filem yang sangat luar biasa," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post