USAHAWAN kosmetik produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida boleh dianggap individu popular kini lantaran sering muncul dalam program hiburan tempatan selepas memberi penajaan kepada program tersebut.
Datuk Seri Vida pernah menaja Anugerah Juara Lagu ke-29 tahun lalu selain dua musim Gegar Vaganza serta Mentor Milenia. Terbaru beliau bakal mengembangkan penajaan ke dunia sukan bersama pasukan bola sepak Kelantan.
Bagi Datuk Seri Vida, ini adalah cara untuk beliau menakluk pasaran dari pelbagai sudut berbeza. Malah memberi kelainan dalam usaha memperkenalkan rangkaian produk keluaran syarikat beliau.
“Kalau kita mahukan sesuatu haruslah berusaha menaklukinya. Saya bersyukur kerana produk saya diterima baik.
“Apa yang saya lakukan bukanlah sebarangan. Setiap penajaan ada rancangan tertentu untuk mempromosikan produk berbeza.
“Kali ini saya bawakan sedikit kelainan iaitu dalam dunia sukan. Saya masih membawa konsep yang sama iaitu penyatuan keluarga seperti yang pernah saya katakan sebelum ini,” ujar beliau ketika ditemubual Mangga Online pada Khamis.
Ditanya tentang pulangan dari setiap usaha tersebut, beliau hanya melafazkan rasa syukur kerana apa yang diusahakan berbaloi.
Bagaimanapun beliau belum meletakkan rasa puas dalam dunia perniagaan dan menyimpan hasrat untuk menembusi pasaran Asia.
Ketika beliau muncul di kaca televisyen, respon yang pelbagai diterima dari penonton. Ada yang kurang senang dengan gaya beliau yang dianggap sesetengah pihak berlebihan.
“Saya sudah letih dan puas bersedih mendengar kata-kata orang selama ini. Ada juga kadangkala saya terasa hati dengan komen yang diberikan.
“Saya tiada niat lain selain mahu mempromosikan produk sendiri. Sekarang lebih banyak impak positif dan orang mula faham apa yang saya lakukan.
“Ada yang memberi komen dengan kata-kata menyumpah. Saya telan sahaja semua itu dan rasanya sudah kebal dengan perkara tersebut.
“Dahulu orang menyampah dengan saya, tetapi sekarang mereka mula suka. Saya sering pujuk hati sendiri dengan mengatakan mereka tidak suka kerana tidak faham dengan saya,” kata Datuk Seri Vida yang ditemui ketika majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza (GV).
Produk Pamoga Qu Puteh sekali lagi memberi tajaan kepada konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 15 hingga 17 Januari ini. Barisan artis peserta GV musim pertama dan kedua bergabung membuat persembahan di pentas yang sama.

Tags:
BP