ROSYAM sanggup terima watak kecil demi Rajinikanth

FILEM Kabali, lakonan terbaru aktor terkenal filem Tamil, Rajinikanth, 65, yang memilih Melaka sebagai salah satu lokasi penggambaran, telah sekaligus memberi peluang besar buat pelakon serta penerbit drama dan filem Datuk Rosyam Nor, 49, untuk menimba pengalaman luas dalam produksi antarabangsa.

Beliau berada di Chennai, India selama 15 hari bermula 2 Januari lalu bagi merealisasikan watak salah seorang penjahat yang merupakan orang kanan kepada ketua gangster lakonan aktor Taiwan, Winston Chao.

Sesuatu yang menarik, Rosyam memegang watak sebagai Legau, nama salah satu watak yang pernah dijayakannya dalam filem Gangster, arahan Bade Hj. Azmi pada 2005.

Turut menimba pengalaman sama ialah Norman Hakim dan Zack Taipan. Kabali ialah filem arahan Pa Ranjith yang menang anugerah pengarah terbaik dua tahun lepas.

“Walaupun watak kecil tetapi saya rasa tak wajar kalau ditolak memandangkan ini tawaran besar dan peluang untuk menimba pengalaman bersama legenda Rajinikanth.

“Bekerja dengan mereka agak berbeza kerana produksi  mereka besar dengan beratus-ratus orang krew.

“Mereka jauh lebih profesional dengan industri perfileman yang besar selain bajet yang juga sangat besar. Khabarnya, bajet filem ini sekitar RM80 juta,” certa Rosyam kepada Mangga Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Selesai di Chennai, penggambaran disambung selama 20 hari pula di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini. Khabarnya sepanjang penggambaran semua pelakon dilarang merakam gambar.

Post a Comment

Previous Post Next Post