El Faeza Ul Haq Buka Tudung Kerana Kontrak Drama

Pada Oktober tahun lalu, Elfaeza Ul Haq menjelaskan bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertudung, namun baru-baru ini pelakon yang pernah membintangi drama Adam dan Hawa ini terpaksa membuat keputusan membuka tudung bagi menghormati kontrak yang telah dipersetujui sebelum ini.

“Saya terikat dengan kontrak selama setahun bermula Mac tahun lalu untuk drama Bahasa Inggeris, dan saya mengambil keputusan untuk berhijab selepas sambutan Aidilfitri tahun lalu. Jadi bila bekerja saya perlu kekal dengan karakter seperti mana diminta dalam kontrak”

“Apabila berlakon drama saya perlu melakukan promosi dan sesetengah perkara terpaksa dimuat naik di laman sosial sendiri. Sebagai pelakon dalam kontrak saya perlu promosikan drama di Instagram”

“Mahu atau tidak saya perlu lakukan untuk kerjaya. Selalunya saya akan padam semula selepas jangka masa tertentu. Saya tidak peduli apa orang nak cakap sebab setakat ini masih ramai lagi yang memahami.

“Saya yang berhijab dan saya yang lalui pelbagai dugaan itu, jadi saya tidak kisah apa orang mahu katakan. Orang lain susah untuk faham apa yang dilalui oleh orang lain. Yang penting niat saya Allah tahu,” jelasnya kepada portal Mangga Online.

Selain itu, pelakon ini juga menjelaskan dia berhijab adalah untuk dirinya sendiri dan juga Allah selain menerima setiap doa dan nasihat yang diberikan kepadanya dengan baik

Post a Comment

Previous Post Next Post