Percetakan semula buku teks Sejarah Tahun Enam yang tersilap cetak kedudukan negeri di Malaysia akan menelan belanja sebanyak RM3 juta.
"Sesebuah buku teks akan melalui jabatan-jabatan yang berbeza sebelum produk akhir dihantar kepada Kementerian Pelajaran untuk kelulusan. Ia kemudian dicetak dan diedarkan," kata Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan.
Lebih 400,000 naskah buku teks Sejarah Tahun Enam terpaksa dicetak semula selepas wujud kesilapan yang menunjukkan kedudukan Melaka di dalam peta Malaysia diletakkan di atas Terengganu.
Satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kesilapan itu selepas gambar peta itu viral di laman-laman sosial.
Tags:
BP