Kisah Disebalik Pembinaan Jalan Raya Timur Barat. Bahagian 1/2.


Kami sering menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat setiap kali hendak ke Kota Bharu, Kelantan atau pulang semula ke Jitra, Kedah. Namun ketika dalam perjalanan rata-rata tidak menyedari kewujudan sebuah tugu peringatan bertajuk Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat(1970-1982) yang didirikan di pinggir jalan sebelum Jambatan Pulau Banding dari arah Gerik ke Jeli. Malah,jauh sekali mengetahui sejarah di sebalik pembinaan jalan raya yang telah memusnahkan banyak jentera dan mengorbankan nyawa akibat perbuatan komunis.

Mereka pekerja JKR tidak ditugaskan untuk bertempur mahupun mempertahankan tanah air namun, sumbangan pekerja JKR Negeri Perak kepada Negara cukup besar sungguhpun bukan sebagai pasukan keselamatan.

Menjadi penggerak dan nadi utama kepada pembinaan Jalan Raya Timur Barat,mereka merupakan hero atau wira yang tidak didendang.

Hasil kecekalan depa telah berjaya merialisasikan matlamat pembinaan Jalan Raya Timur Barat yang menjadi penghubung antara negeri di pantai barat dengan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Walaupun tidak secara langsung,namun pekerja JKR juga menjadi factor yang berjaya mengekang kebangkitan dan mengehadkan pergerakkan komunis menerusi pembinaan jalan darat. Dengan adanya laluan darat, usaha kerajaan untuk memerangi komunis menjadi lebih mudah.

Jika bukan kerana kesungguhan pekerja meneruskan projek pembinaan jalan raya berkenaan mungkin sukar untuk memerangi komunis yang cenderung menjadikan hutan sebagai tempat persembunyian terutama di hutan Belum pada era darurat kedua iaitu 1968 hingga 1978.

Sikap bertahan ditunjukkan oleh pekerja JKR yang terus berusaha walaupun menerima pelbagai ancaman yang bukan sahaja datang dari komunis malah risiko serangan haiwan liar seperti gajah.
Mereka juga turut menerima amaran dari pihak komunis supaya menghentikan kerja-kerja pembinaan jalan menerusi siaran radio dan risalah yang diedarkan.

Berikutan amaran tidak dihiraukan, proses pembinaan jalan keran terganggu angkara komunis yang sering melakukan pelbagai serangan ke atas pekerja. Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan, apabila berlakunya tragedi yang memusnahkan lebih 60 jentera dan mengorbankan tiga pekerja dalam dua serangan berlainan.

Pada 23 Mei 1974, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika krew JKR dalam perjalanan ke tapak pembinaan. Belum sempat depa sampai ke lokasi, letupan tiba-tiba berlaku. Depa terkejut dengan situasi itu kemudian diarahkan oleh pihak tentera supaya tidak berganjak ke mana-mana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Memang perkara ini agak membimbangkan juga sebab letupan berlaku secara berterusan sehingga keesokan paginya. Semua pekerja dikumpulkan dan ditempatkan di Base Camp Gerik. Memandangkan sebilangan besaq jentera mengalami kerosakan teruk akibat letupan tersebut, kerja-kerja pembinaan jalan terpaksa dihentikan sementara waktu.

Ketabahan depa sekali lagi diuji apabila komunis menyerang hendap pekerja-pekerja yang sedang dalam perjalanan dari Base Camp Gerik menuju ke Banding dalam satu kejadian pada 27 Ogos tahun sama.

Menurut cerita, setibanya di kilometer 178 laluan tersebut,pekerja-pekerja tersebut diserang dan ditembak mengakibatkan tiga daripadanya terkorban sementera beberapa pekerja lain dan tentera mengalami kecederaan. Difahamkan mangsa yang terkorban dalam serangan awal pagi itu hanya diketahui identitinya sebagai Ismail, Husin dan Ali.

Post a Comment

Previous Post Next Post