Video Gaduh Ala 'Bapok' Jadi Bahan Gelak

KALAU sebelum ini anda mungkin melihat aksi pergaduhan yang menyeramkan, tetapi kali ini ia dalam versi yang sedikit berbeza, malah boleh disifatkan sebagai ‘epik’.
Sebuah rakaman video yang menunjukkan aksi pergaduhan yang dipercayai melibat dua orang pekerja sebuah syarikat elektronik terkenal di Senawang, Negeri Sembilan bergaduh ala ‘manja’ menjadi viral sejak semalam.
Video memaparkan dua pekerja yang memakai baju tertera perkataan ‘Samsung’ berkejaran antara satu sama lain sambil mengelilingi sebuah kereta menjadi bahan ketawa dalam kalangan pengguna media sosial.
Bagaimanapun, punca pergaduhan tidak dapat dikenal pasti. Namun, kelihatan kedua-dua individu memegang objek tumpul sambil masing-masing ‘memaki hamun’ antara sama lain yang dipercayai kerana tidak berpuas hati.
Salah seorang lelaki tersebut dilihat memukul cermin belakang sebuah kereta sehingga pecah, mengakibat seorang lagi lelaki semakin ‘naik hantu’.
“Bangsat! haa? Kau ke sini la, kau cari pasal dengan aku kan? Kau apa hal?” ujar salah seorang lelaki dalam video tersebut.
Video berdurasi 41 saat itu dimuat naik di laman Facebook Video Viral yang sehingga kini ditonton lebih 41,000 orang pengguna media sosial.

 

- mD

Post a Comment

Previous Post Next Post