Peminat Terkejut Melihat Penampilan Terkini Ezany Nizariff


Ramai peminat yang tertanya-tanya mengenai Ezany Nizariff yang kelihatan seperti kini mengikuti golongan Tabligh.

Berikut merupakan kisah sebenar disebalik penghijrahan Ezany Nizariff.

Kisah ini dikongsikan oleh Ali Russia di laman Facebook miliknya.

Alhamdulillah - Tangisan Ezany Nizariff di Tongi bukan lagi lakonan.

Barakallah Bhai...hari hari berlalu di ijtimak Tongi dengan penuh rasa kasih sayang antara Daie daie Allah...masing masing menunaikan hak...hatta ke tandas pun yang muda memberi laluan kepada yang tua.

Beberapa hari aku memerhatikan seorang lelaki tampan berkulit putih yang sentiasa senyum bila di tegur dan beliau kelihatan begitu tawajuh denga raut muka yang mendalam ketika berdoa.

Cerita

Hari ini aku melihat beliau mengenakan serban dan jubah ala Oman, beliau begitu segak dengan tasbih di tangan dan kelihatan seperti Bangsawan Oman.

Beliau adalah Ezany Nizariff, pasti ramai yang mengenali seorang lelaki yang bernama Irfan di dalam Drama Ber siri Natasha di kaca tv Malaysia.

12 tahun berada dalam industri, Ezany masih menjadi pilihan pengarah dan penerbit tempatan. Selain bakal muncul dengan Tangisan Bulan Madu 2 di TV2, aktor kelahiran Perlis ini juga turut membintangi drama 5 Bujang dan Lara Ameera untuk TV Al Hijrah.

Masih menerima tawaran lakonan, aktor juga semakin rancak mengembangkan rangkaian perniagaan sendiri.

Hari ini Ezany Nizariff telah hadir ke Ijtimak Tongi iaitu perhimpunan pendakwah sedunia dan beliau telah keluar 3 hari Dakwah Tabligh bersama sama jemaah artis.

Psst :Setiap petang jemaah GRGB di bawa menziarahi Masyeikh masyeikh di bilik mereka

Post a Comment

Previous Post Next Post