En. V. Kunasegaran merupakan satu-satunya pewaris penjaga jam loceng dimenara jam di Bangunan Abdul Samad, Dataran Merdeka. Beliau mememutarkan engkol jam yang seberat 400kg bersamaan 300-400 pusingan setiap 2 hari sekali.
Walaupun berusia hampir 60 tahun, beliau setia dengan jam yg berusia 118 tahun ini. Beliau menganggap jam tersebut seperti keluarganya, beliau menjaga jam ini sudah hampir 41 tahun dan setia bersama setiap hari. "Saya raya deepavali pon datang kunci jam, setiap hari saya akan pulas engkol ni sebanyak 400 kali pusingan. Melihat sendiri bagaimana beliau (orang berusia) lakukan seorang diri menjadikan saya sangat kerdil.Bayangkan bahang panas dan peluh biasa bagi beliau.Kudrat dan kesabaran itu sangat penting dalam kendalikan jam ini.
Setiap tahun baru, beliau akan duduk dimenara jam ini untuk memastikan jam ini berfungsi, dari pukul 6 hingga 2 pagi disetiap awal tahun. Beliau tidak mintak dihargai, tetapi jagalah warisan dan sejarah jam ini. Sehingga kini, masih tiada pengganti beliau.
Kiriman : Muhd Fadly Ishak