Manila - Kebiasaannya, apabila kereta anda dilanggar sehingga menyebabkan kerosakan, perkara pertama yang akan anda buat mestilah menghubungi pihak insuran atau meminta ganti rugi dari orang yang melanggar kereta anda.
Tetapi tidak bagi aktres dari Jepun, Maria Ozawa.
Dengan hanya mengungkapkan "I'm sorry"(Saya minta maaf), Maria Ozawa berjaya menyelesaikan satu kemalangan yang melibatkan dirinya di Manila.
Difahamkan Maria Ozawa berada di Manila untuk menghadiri acara Metro Manila Film Festival.
Van yang dinaiki oleh Ozawa melanggar sebuah kereta di sehingga menyebabkan sedikit panik berlaku.
Namun, apabila Ozawa keluar dari van yang dinaikinya dan berkata "Saya minta maaf, saya minta maaf" kepada pemandu(kereta yang dilanggar) yang sedang marah itu, semuanya berakhir begitu sahaja.
Malah, pemandu terbabit sempat mengambil gambar selfie dengan pelakon itu menggunakan telefon pintar.
Tags:
DB