Wanita Thai Kahwin Dengan Mayat Kekasih

Jangan lupa untuk LIKE Fanpage FB kami yang terbaru. Terima Kasih..

SEORANG wanita dari Chachoengsao, Thailand, membuat kejutan apabila mengahwini teman lelakinya, Fiat, yang meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.

Nan Thipparat nekad untuk menjalankan upacara perkahwinannya pada upacara pengkebumian Fiat. Ini kerana dia tetap ingin meneruskan hajat Fiat yang mahukan mereka berkahwin.

Dia menyarungkan gaun labuh perkahwinan berada di ‘sisi’ Fiat sambil memegang tangan suaminya yang telah meninggal dunia itu sepanjang upacara tersebut berlangsung.

Orang ramai yang hadir turut memberi sokongan kepadanya dan ternyata mereka kagum akan kekuatan hubungan percintaan pasangan ini.

Beberapa keping gambarnya dengan Fiat turut dikongsi di laman sosial miliknya. Dia juga memuat naik beberapa kapsyen "I dreamed of our wedding. I saw us holding hands. Rest in peace. I love you, Fiat. Please know that our dream has come true."


Selain itu juga antara kapsyen lainnya, "I loved him with all my heart and I couldn’t bear it when he was taken from me. He looked splendid on his wedding day – I know he would have liked it."

Begitulah setianya kisah dan Nan dan ‘suaminya’ yang tetap meneruskan upacara perkahwinan walaupun si suami telah pergi buat selamanya. Apapun, harapnya wanita ini redha dan dapat meneruskan hidup seperti biasa. -Daily Mirror


Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam blog kami. Sedikit sebanyak anda telah membantu kami untuk mengekalkan blog ini untuk dibaca dan dikongsi bersama semua, Terima Kasih.

Post a Comment

Previous Post Next Post