Jumpa Mayat Terapung Di Tengah Sungai

Lazada Malaysia
SUBANG JAYA: Seorang lelaki tempatan dipercayai mati lemas apabila mayatnya ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran Flat Angsana, USJ 1/12, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi itu, mangsa, A. Thanabalan, 47, ditemui terapung di tengah sungai tersebut oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, mayat tersebut berjaya dikeluarkan daripada sungai itu dengan bantuan daripada pasukan bomba.
Katanya, pemeriksaan awal terhadap mayat mangsa, pihaknya tidak menemui sebarang kesan unsur jenayah.

Post a Comment

Previous Post Next Post