Siti Aisyah Ismail atau Chacha Maembong mensasarkan lima tahun lagi untuk berkahwin. Ini kerana masih terlalu awal untuk dia menamatkan zaman bujang.
“Rasanya saya masih muda lagi dan tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat. Tambah pula saya tidak mempunyai kekasih. Insya-Allah mungkin lima tahun lagi baru akan memikirkan soal perkahwinan,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon yang berusia 20 tahun ini turut berkata, dia kini sedang dalam proses mengenali dengan seseorang.
Walau bagaimanapun, pelakon ini lebih selesa untuk tidak mengulas lanjut mengenai hubungan mereka.
“Bagi saya tidak terlalu terbuka untuk bercerita lebih mengenai perihal hidup dan peribadi. Tambah lagi kini sedang mengenali seseorang. Namun itu tidak bermakna saya akan berkongsi tentang segalanya dan kadang-kadang takut juga dengan sebarang risiko. Biarlah masa ini saya berikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya,” katanya.
Menyentuh dalam perkembangan lain, Chacha kini terlibat dengan penggambaran telemovie yang berjudul ‘Apabila Isteriku Melatah’ untuk siaran TV9.
Tags:
MEDIAHIBURAN