Noh Hujan Melakar Nama Di Negara Seberang

Ramai artis-artis tanah air Malaysia sudah pun menempah nama di Indonesia antaranya seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Sheila Majid. Tidak ketinggalan vokalis Hujan, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengukir namanya di sana.

Noh yang kini mendapat tempat di hati peminat di sana, pada tahun ini telah diundang untuk membuat persembahan di festival Jazz berprestij, Java Jazz Festival 2016.

Untuk makluman, Noh merupakan artis tunggal yang mewakili Malaysia dalam acara berprestij itu nanti.

“Saya berasa bangga apabila mendapat jemputan untuk membuat persembahan di sana nanti. Alhamdulillah sambutan peminat dari sana juga amat memberangsangkan. Malah beberapa artis terkemuka Indonesia yang juga rakan saya antaranya ialah vokalis Naif, David Bayu dan ahli kumpulan Sore turut hadir memberikan sokongan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh bersama kumpulannya akan menampilkan sebuah album baru pada bulan April atau Mei depan yang memuatkan 12 buah lagu dan kini dalam proses pembikinan.

Terdahulu kumpulan Hujan pernah popular menerusi lagu-lagu hit antaranya seperti ‘Pagi Yang Gelap’, ‘Bila Aku Sudah Tiada’ dan Mencari Konklusi’.

Untuk cerita Noh Salleh selanjutnya dapatkan segera majalah Media Hiburan kini di pasaran.

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post