"Kalau Perut Membesar Nanti Adalah" - Abby Abadi

Aktres drama Gerak Khas yang glamor dengan watak Inspektor Aliza, Abby Abadi semalam ada memberikan jawapan mengenai status teka-teki kononnya dia sedang berbadan dua. Jawapannya itu dimuat naik menerusi Instagramnya.



"Ada terbaca conversation akak dgn abang Norman Hakim dalam Instagram. Betulkah akak mengandung sekarang? Kemudian saya menjawab: Boleh tak kalau saya tak nak jawab soalan ni? Sebab saya takut bila dah jadi cerita, masuk FB, masuk laman gosip, cerita baik ataupun cerita buruk, semua kena hentam.

Baca: 'ABBY ABADI MASIH BERTEKA-TEKI' - NORMAN HAKIM

"Kata kita nak bercerita sangat, walhal wartawan yang telefon untuk bertanya. Takut dengan sikap orang Malaysia sekarang ini. Caci maki orang selamba saja. Macam tak kenal dosa pahala. Saya tak naklah jadi mangsa hentaman tu.. Kemudian adik wartawan itu mengiyakan apa yang saya kata.

"Betullah kak... tapi betul tak akak mengandung ni? (nak tahu juga tu, hehee) Saya kata tak apalah, biar mereka tahu sendiri. Doakan saja yang baik-baik ya. Dia sambut lagi, tak adalah kak, saya tanya sebab mungkin ada yang nak tahu perkembangan akak. Sudah lama akak tak muncul di mana-mana. Saya jawab tak apalah adik. Biarlah rahsia saja buat masa ini. Ok kak, ok... dia jawab. Saya pun letak, jadi tak jadilah buat cerita pasal saya. Sekiannnn.

Baca: ABBY ABADI SELAMAT DIIJABKABUL

"Ada juga yg tanya dalam instagram, kak Abby mengandung ke? "Biarlahhhh Rahsia" Kalau perut membesar nanti adalah. Kalau tak ada perut, maknanya tak adalah ya," tulisnya lagi.

Semoga penerangan panjang lebar Abby mengenai teka-teki berkenaan sudah terjawab untuk semua netizen.

Media Hiburan turut mendoakan sekiranya benarlah teka-teki tersebut, semoga Abby menjaga kesihatan dan jangan buat kerja yang berat-berat ya.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post