Tidak Lama Lagi Jadi Bapa Sudah Saya - Atu Zero

Tahniah Atu Zero kerana telah berkongsi cerita bahawa isterinya kini telah pun hamil.  

"Alhamdulilah, tadi biniku hantar gambar katanya sudah berisi.  Doakan yang baik-baik ya.  Tujuan saya bukan nak ribut-ribut.

"Mintak maaf ya semua, saya mahu berkongsi sahaja.  Kalau salah maafkan.  Tidak lama lagi jadi bapa sudah saya," tulisnya di Instagram @akueatu.  

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Bin Doli Sharif, 24, telah bernikah dengan seorang pereka fesyen iaitu Shafeeqa Johari, 30, pada 8 Februari lalu.  

Tahniah Atu dan isteri, semoga sihat ibu dan bayi dalam kandungan dan semoga semuanya dipermudahkan. 


Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post