Kejadian Ngeri Satu Keluarga Maut Bertembung Dengan Lori Balak

Bayi 6 Bulan Bersama Ibu Bapa Maut Bertembung Dengan Lori Balak | GUA MUSANG: Seorang bayi berumur enam bulan bersama ibu dan bapanya maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka telah bertembung dengan lori balak di Jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Paloh 1, Gua Musang, Kelantan petang semalam.

Bayi malang berkenaan, Mohd Firas Ziyad dan ibunya Faizah Mohd Nor, 28, telah maut di tempat kejadian manakala, Mohd Zahiruddin Hadi, 24, yang memandu kereta disahkan meninggal dunia pagi tadi lapor Siakapkeli.

Kejadian Ngeri Satu Keluarga Maut Bertembung Dengan Lori Balak

Mereka bertiga dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Gua Musang selepas menghadiri kenduri perkahwinan adik lelaki Faizah di Pulau Condong, Kota Bharu.

Menurut saksi, kemalangan terjadi apabila kereta yang dipandu oleh Mohd Zahiruddin hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori muatan balak dari arah bertentangan menyebabkan balak kayu balak begelimpangan di atas jalan sehingga berlaku kesesakan lalu lintas selama beberapa jam.

Ketua polis Gua Musang Superintendan Saiful Bahri kertika dihubungi memberitahu siasatan nahas masih lagi dijalankan.

Bayi 6 Bulan Bersama Ibu Bapa Maut Bertembung Dengan Lori Balak

Satu Keluarga Maut Bertembung Dengan Lori Balak di Gua Musang

Post a Comment

Previous Post Next Post