Legenda Rock May & XPDC Berentap

Pada bulan April depan ramai nama-nama besar akan mengadakan konsert mega. Turut sama dua lagi kumpulan legenda iaitu MAY dan XPDC akan mengadakan konsert pada 30 April depan di Padang B, Plaza Angsana, Johor Bahru jam 8:30 malam.

Selaku penganjur konsert, ARD Management Sdn Bhd berkata, gabungan dua legenda tersohor ini kerana mempunyai peminat yang kuat malah May dan XPDC sebelum ini tidak pernah digandingkan dalam konsert berskala besar.

“Kami percaya bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Konsert yang bakal dijalankan selama tiga jam ini sekali gus sebagai hadiah penghargaan buat peminat yang telah menyokong perjalanan mereka selama ini,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perasaan dan komen tentang keistimewaan konsert ini kepada May dan XPDC, masing-masing memberikan jawapan sama bahawa mereka berasa teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan peminat pada konsert yang bakal diadakan nanti.
 
Keistimewaannya ialah peminat sekali gus dapat menyaksikan gabungan antara dua kumpulan rock Malaysia.

Selain sidang Media hari ini, kumpulan May dan XPDC turut mengadakan siri jelajah negeri Johor untuk mempromosikan Konsert Rentap Kasi Sentap May Vs XPDC. Lokasi tersebut seperti di, Muar, Kluang Mall, Segamat Mall, Kip Mart Masai dan Pasir Gudang.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post