Nita Hamzah Kembali Menyanyi Selepas 5 Tahun Di Pulau

Figura persis model, Nita Hamzah yang sudah lama menyepi dari dunia hiburan bukanlah bermakna dia tidak laku ataupun merajuk. Sebenarnya dia hanya menghabiskan masanya selama lima tahun di dua pulau yang berlainan.

Bekas naib juara Malaysian Idol musim kedua ini memberitahu, jangka masa yang begitu lama di dua pulau yang berbeza kerana mahu merehatkan diri.

“Saya tidak pernah merajuk dan saya masih lagi menyanyi malah memenuhi jemputan majlis korporat. Sebenarnya dalam tempoh empat ke lima tahun lepas saya berehat dengan menghabiskan masa di pulau-pulau.

“Dalam tempoh tersebut saya berada di Pulau Mabul, Sabah dan juga di Pulau Tioman, Pahang. Sepanjang tempoh itu  saya ada mengikuti aktiviti laut seperti menyelam. Pada awalnya saya hanya suka-suka namun aktiviti yang memberikan saya ketenangan itu membawa saya lebih serius untuk ke tahap yang lebih profesional atau Dive Master,” ujarnya.

Baca: KEKASIH SAMBUT HARI JADI NITA HAMZAH

Sementara itu, Media Hiburan Online sempat mengusik, adakah Nita tidak mahu berkahwin kerana hubungan dengan kekasih hatinya sudah lama terjalin.

Nita hanya respon dengan memberikan senyuman.

Dalam perkembangan kerjaya sebagai penyanyi, Nita berkongsi bahawa dia akan mengeluarkan single terbaru sebagai tanda ‘comeback’ dalam dunia hiburan.

“Tidak lama lagi saya akan mengeluarkan single terbaru yang sudah lama saya nantikan. Saya juga bekerjasama dengan Datin Alyah dan dijangka akan keluar pada bulan May depan. Untuk buat comeback bukan mudah, mesti kena ada impak malah ia merupakan satu cabaran yang kuat bagi saya,” tuturnya mengakhiri perbualan.
 

Baca di website

Post a Comment

Previous Post Next Post