Solekan Seolhyun dikritik peminat


Ahli kumpulan AOA, Seolhyun sekali lagi dikritik peminat kerana solekannya yang dikatakan kurang cantik dan tidak sesuai untuk majlis yang dihadiri.

 Netizen berpendapat wanita itu kurang pandai untuk membuat solekan bagi menyerlahkan wajahnya, sebaliknya mencacatkan penampilannya.
Beberapa foto wanita itu dilihat dengan solekan tebal sehingga menampakkan kulit wajah terlalu putih berbanding kulit lehernya.

“Dia lebih cantik jika tidak keterlaluan dalam solekan, pada saya juru soleknya perlu dipecat kerana memperlihatkan dia begitu,” ujar netizen.

Sebelum ini, di majlis Blue Dragon Awards 2015, dia mencurahkan rasa sedih apabila penampilan dan solekan dikritik netizen.

Post a Comment

Previous Post Next Post