Selalunya bila bercakap tentang tema perkahwinan, mesti hanya tertumpu pada tema warna sahaja.
Kalau nak lari dari konsep ‘biasa’ pun, selalunya pengantin akan memilih perkahwinan berkonsepkan taman atau ala Bollywood.
Tapi, sekarang ni terutamanya orang muda, kalau boleh nak buat tema lain dari yang lain. Dengan harapan boleh jadi viral kot.
Jom tengok 6 tema perkahwinan paling pelik dan rare di Malaysia. Mana tahu bakal pengantin dapat idea nak buat tema apa pulak lepas ni!
1. Tema Power Rangers
Rakan-rakan pasangan pengantin ini dikatakan ingin membuat kejutan pada majlis tersebut dengan bertukar menjadi Power Rangers. Majlis yang di adakan di Rawang, Selangor ini memang meriah habis!
2. Tema Kamen Rider
Menurut sumber, tema ini dipilih oleh pengantin lelaki kerana meminati siri animasiKamen Rider sejak kecil lagi. Dia telah menyimpan angan-angan untuk mengadakan majlis seperti ini sejak kecil lagi dan tak sangka impiannya menjadi nyata.
3. Tema Star Wars
Dek kerana minat sangat dengan Star Wars, pasangan ini memilih tema ‘Star Wars’ di hari bahagia mereka. Tema dan dekorasi majlis mereka bertemakan Star Wars, hantaran pun sama.
4. Tema Football Club Arsenal
Minat sangat dengan pasukan bola sepak Arsenal, pasangan ini menjadikan warna merah putih sebagai tema perkahwinan. Malah padang bola sepak mini turut disediakan. Bukan itu je, majlis mereka ini juga mendapat perhatian hingga ke luar negara.
5. Tema Cinta Dari Bangku Sekolah
Kisah pasangan ini menjadi viral di media sosial dek kerana pakaian sekolah dijadikan sebagai busana perkahwinan. Pasangan ini kenal sejak zaman sekolah lagi dan tak menyangka kekal hingga ke jinjang pelamin. Dalam masa yang sama mereka nak kurangkan kos perkahwinan.
6. Tema hipster
Pasangan ini pula memilih tema paling santai bertemakan Rock N Roll. Majlis ini hanya untuk rakan-rakan dan kenalan bisnes sahaja. Majlis perkahwinan mengikut adat resam telah diadakan terlebih dahulu sebelum mereka menggadakan majlis ini.
Tags:
mazeer