Berlagak Hot Stuff, Uqasha Kena Sekolah Dengan Netizen


SUSULAN tweet panas yang dikeluarkan oleh Uqasha menerusi akaun Twitter miliknya berkaitan dengan tunang Hafidz Rosdi yang didakwa ‘childish‘, rata-rata netizen dilihat meluahkan rasa tidak puas hati terhadapnya.

Sebelum ini, Hafidz mengakui tunangnya berasa cemburu melihat kemesraannya bersama Uqasha, tetapi setelah menjelaskan perkara sebenar, tunangnya mula memahami tugasnya sebagai pelakon.

“Tunang saya pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya selalu memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial dan begitu juga sebaliknya.”

“Pada permulaannya mungkin tunang saya tidak memahami apa yang kami lakukan itu sekadar untuk mempromosikan drama yang sedang ditayangkan sekarang.”

Berasa tidak puas hati dengan kenyataan Hafidz itu, Uqasha telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya mengenai tunang Hafidz bersikap kebudak-budakan kerana cemburu dengan kemesraan mereka yang bertujuan untuk mempromosikan drama lakonan mereka.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Hafidz memuat naik screenshot tweet yang ditulis Uqasha sambil menulis caption :

“Kalau tak puas hati dengan aku cakap je. Jangan libatkan tunang aku. Dia faham je aku. Ko dah kenapa????”

Melihat kepada posting terdahulu Mynewshub, kami dapati ramai yang meluahkan perasaan marah dan menyampah terhadap Uqasha yang kononnya hot stuff itu. – MYNEWSHUB.CC

IMG-20160412-WA0014

IMG-20160412-WA0013

IMG-20160412-WA0011

IMG-20160412-WA0010

IMG-20160412-WA0009

IMG-20160412-WA0008


IMG-20160412-WA0007
IMG-20160412-WA0006

Post a Comment

Previous Post Next Post