Demi Gambar Selfie Cantik, Gadis Maut Dilanggar Keretapi


SEORANG gadis berusia 19 tahun maut dilanggar keretapi di Guangdong, China, ketika dia sedang berusaha mendapatkan gambar selfie terbaik dengan berlatar belakangkan kenderaan awam tersebut, baru-baru ini.

Mangsa bersama-sama rombongan pelancong lain sedang leka mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan di situ sebelum gadis tersebut berdiri terlalu rapat di atas trek landasan kerana difahamkan dia inginkan gambar selfie yang memaparkan keretapi meluncur laju ke arahnya.
Menurut seorang petani tempatan yang menyaksikan detik-detik maut itu, keretapi terbabit ada memberikan bunyi hon sebagai tanda amaran namun tidak diendahkan oleh mangsa.
Mangsa kemudiannya dilanggar dan mayatnya tercampak beberapa meter ke kawasan semak berdekatan lokasi tersebut.
Gambar sebelum mangsa dilanggar juga berjaya dirakam seorang pengunjung yang berada di situ.
Kawasan keretapi itu menjadi antara tempat pelancongan menarik di daerah tersebut kerana bunga-bungaan yang indah tumbuh di sekitar lokasi kejadian. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post