Dah tua umur 60 tahun boleh pula tawar khidmat seks dekat polis, tak pasal-pasal didenda RM500

Seorang warga emas didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis, Rabu lalu.

Warga emas tawar anggota polis khidmat seks didenda

Warga emas tawar anggota polis khidmat seks didenda

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid juga memerintahkan Norbibah Shamsudin, 60, dipenjara 10 hari jika gagal membayar denda itu.

Wanita itu yang tidak bekerja didakwa menawarkan khidmat seks bagi maksud persundalan kepada anggota polis itu di hadapan kedai buah di Jalan Sultan, Dang Wangi, di sini pada 8.50 malam, 18 Mei lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 372(B) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih satu tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanapun, tertuduh yang hadir ke mahkamah memakai baju kurung dan bertudung labuh berwarna biru, memohon hukuman ringan. – Bernama

 

Sumber: Sinar Harian

Post a Comment

Previous Post Next Post