Dakwaan ‘minta perempuan’ bertujuan alih perhatian isu surat Anwar Ibrahim

Dakwaan ‘minta perempuan’ bertujuan alih perhatian isu surat Anwar Ibrahim

 

Dakwaan oleh seorang pemimpin PKR bahawa kerajaan Selangor terlibat dalam rasuah telah dibuat untuk mengalih perhatian daripada isu lain yang mencetuskan ribut dalam parti, dakwa Setiausaha Politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mat Shuhaimi Shafiei berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor ‘meminta wang dan perempuan’ semasa rundingannya adalah untuk mengalihkan perhatian isu kebocoran surat lapan halaman yang ditulis penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pemimpin-pemimpin tertinggi parti.

Dakwaan 'minta perempuan' bertujuan alih perhatian isu surat Anwar Ibrahim

Dakwaan ‘minta perempuan’ bertujuan alih perhatian isu surat Anwar Ibrahim

Tidak menyebut nama, Mat Shuhaimi berkata golongan dalaman PKR ‘marah dengan salah seorang daripada pemimpin’ yang mengendalikan kerja-kerja pentadbiran PKR, kerana didakwa membocorkan surat itu kepada media.

“Dalam usaha untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu berkisar pendedahan surat itu, pemimpin itu menyebarkan khabar angin palsu mengenai tuduhan rasuah melibatkan wang dan perempuan dalam kerajaan negeri,” kata Mat Shuhaimi.

 

Beliau berkata jika dakwaan itu benar, pemimpin itu sepatutnya melakukan sisatan dan membawanya kepada perhatian kepimpinan parti.

“Seorang pemimpin kanan yang menghina kerajaan negeri dengan cara ini benar-benar tidak boleh diterima,” kata Mat Shuhaimi sambil menambah selain mencemarkan imej kerajaan negeri dan kakitangan awam, ia juga mencemarkan imej beliau sendiri.

Dalam surat itu, Anwar bercakap tentang Deklarasi Rakyat yang tidak seiring dengan agenda reformasi pembangkang.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli telah menyiarkan mesej dalam kumpulan WhatsApp mendakwa beliau telah menerima aduan bahawa wujud permintaan rasuah perempuan dan wang semasa berurusan dengan kerajaan negeri Selangor.

Mesej itu bocor daripada kumpulan yang terdiri daripada penyokong gerakan Reformasi PKR.

Sumber : Mstar

Post a Comment

Previous Post Next Post