Gosip Amyra Rosli & Amar Baharin Bakal Kahwin
Pelakon popular Amyra Rosli dan Amar Bahrin kini menjadi tumpuan ramai apabila kisah hubungan mereka menjadi bahan bualan ramai.
Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila satu berita yang kurang pasti kesahihannya tersebar dimana kedua pelakon ini dikatakan bertunang secara rahsia dan bakal berkahwin.
Sehingga kini, kedua-duanya menafikan gosip pertunangan tersebut.
Ibu Amyra telah memuat naik gambar bersama dengan chef selebriti terkenal seperti sedang merancang satu majlis yang besar.
Kemudian, Datuk Rosly Raja Mazlan atau lebih dikenali sebagai Pak Engku pula muatnaik gambar dan menulis kapsyen juga seolah-olah memberitahu satu majlis besar akan berlangsung tidak lama lagi bersama ibu Amyra.
Ramai yang mengaggap Amyra Rosli bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi apatah lagi Pak Engku sering menjadi pilihan selebriti untuk sebarang majlis perkahwinan.
Gambar yang dimuat naik juga menunjukkan mereka dalam membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.
Menerusi sumber yang lebih kukuh, katanya satu sidang besar bersama media akan diadakan pada Julai ini dan kemungkinan satu majlis perkahwinan akan berlangsung November ini.
Jom tunggu !!
Sumber: Mak Jemah Era / Rotikaya / Metro
Tags:
BM