Konon nak menunjuk, lelaki telan 8 paku depan rakan

Gara-gara mahu menunjuk-nunjuk, seorang lelaki di sini terpaksa dimasukkan ke hospital apabila dia menelan lapan paku di hadapan rakannya.

Padah nak menunjuk

Padah nak menunjuk

Lelaki berusia 28 tahun itu menelan paku sepanjang 15 sentimeter pada 17 Mac lalu, tetapi tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas itu.

Dia menelan paku berkenaan selepas memberitahu rakannya bahawa dia terlatih untuk membuat aksi memasukkan pedang ke dalam mulut.

Selepas diketawakan rakannya, lelaki itu mengeluarkan sebungkus paku dari kocek seluarnya dan terus menelannya satu persatu.

Lelaki itu menelan sebanyak lapan paku sebelum rakannya meminta dia berhenti kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post