Guru meninggal ketika nyanyi lagu kegemaran arwah isteri dihadapan pelajar

Guru meninggal ketika nyanyi lagu kegemaran arwah isteri dihadapan pelajar

 

Kemeriahan sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Karak semalam berubah menjadi sedih apabila seorang guru meninggal dunia ketika menyanyi di hadapan pelajar-pelajar.

Cinta Kristal nyanyian Rahim Mahroof, itulah dendangan terakhir seorang guru, Norilhal Ali Ilhal yang secara tiba-tiba rebah ke lantai dan disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berdekatan.

Seorang guru di sekolah berkenaan yang enggan dikenali berkata, dirinya tidak menyangka Allahyarham pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya dan kehilangannya amat dirasai oleh guru-guru serta pelajar-pelajar di sekolah tersebut.

Guru meninggal ketika nyanyi lagu kegemaran arwah isteri dihadapan pelajar

Guru meninggal ketika nyanyi lagu kegemaran arwah isteri dihadapan pelajar

Menurutnya, persembahan itu merupakan nyanyian pertama dan terakhir dipersembahkan di khalayak ramai.

“Semalam saya melihat Cikgu Norilhal begitu gembira dan seronok menyambut Hari Guru. Paling saya tidak boleh lupa gelagat dirinya bermain dalam acara sukaneka.

“Paling mengejutkan apabila beliau menawarkan diri membuat persembahan penutup untuk menyanyi di hadapan murid-murid dan cikgu-cikgu yang lain kerana beliau tidak suka untuk membuat persembahan di hadapan khalayak ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata lebih memilukan dan membuat dirinya berduka apabila lagu dinyanyikannya merupakan lagu kegemaran  isterinya yang baru sahaja meninggal sebulan yang lalu.

“Arwah sangat menyayangi isterinya yang baru sahaja meninggal dunia sebulan yang lalu.

“Cikgu Norilhal merupakan seorang pendidik bangsa sejati kerana sangat mementingkan pendidikan dan bersungguh-sungguh dan tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam mendidik murid-muridnya,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Mohamad Azizul Hakim Norilhal, 25, berkata, di dalam Facebook ayahnya, dia ada menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada rakan-rakannya .

Ditanya mengenai video ayahnya mendendangkan lagu sempena sambutan Hari Guru, beliau berkata, dia terkejut dan tidak menyangka ayahnya menyanyi di hadapan khalayak ramai.

“Ayah kalau disuruh menyanyi dia mesti tidak mahu menyanyi. Namun, saya tak sangka ayah menyanyi di hadapan khalayak dan menyanyikan lagu kegemaran ibu saya.

“Ayah terlalu rindukan ibu dan persembahannya itu merupakan luah rindu ayah kepada ibu dan sekarang ibu dan ayah telah meninggalkan kami enam beradik,” katanya sambil menitiskan air mata.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Sumber : Sinar

Post a Comment

Previous Post Next Post